this story credit to penulis.sahaja
*******************************************************
Ada satu pasangan suami isteri. Yang lelaki ialah suami. Yang wanita ialah isteri. Mereka baru sahaja berumah tangga lima bulan setelah empat bulan berkenal-kenalan iaitu secara 'couple' selama dua bulan dan tunang selama dua bulan. Mereka hidup secara sederhana. Rumah tinggi. Apartment. Takde tempat nak bercucuk tanam. Jadi, isteri hanya mampu beli perkakas hidroponik untuk bercucuk tanam.
Mereka berdua bekerja. Pagi hingga ke petang. Pasangan baru berkahwin. Kena cari duit bersungguh-sungguh kata mereka. Semangat betul. Hidup mereka OK. Cuma sang suami ni ada satu perasaan yang pelik. Dia bukannya cemburu buta. Tidak. Dia hanya ada satu perasaan yang mana di gelar tidak yakin.
"Hebat manakah sayangkan isteriku ke atas ku?"
Lalu dia terbaca di satu sudut surat khabar mengenai satu pepatah,
"Manusia sering menghargai satu-satu benda bila dia sudah tiada."
Lalu suami pun mendapat satu idea untuk menguji perasaan sayang isteri ke atas nya. Hari itu suami dan isteri keluar makan di luar. Mereka tak banyak bercakap akhir-akhir ni membuat suami rasa hendak terus dengan plannya.
"Tertinggal henfon di dalam kereta."
Lalu suami bangun dan berjalan menuju ke kereta. Ambil telefon bimbit, dan ingin kembali ke restoran tadi. Dia melambai-lambai ke arah isteri. Isteri dengan muka pelik mendongak turun kepala seperti menanyakan sesuatu. Dia tidak puas hati dan terus menelefon suami.
"Kenapa?"
Suami toleh ke kiri. Ada sebuah kereta yang meluncur laju. Suami melangkah perlahan-lahan ke tengah jalan. Kereta tadi terpaksa menekan brek kecemasan akibat perbuatan bijak suami.
"Sayang!"
kata ringkas isteri. Suami tersentak dengan kata ringkas dan penuh jiwa itu. Mata dia memandang tepat ke arah isteri yang bangun dari meja berlari ke arahnya seperti mahu menyelamatkan suami dari di langgar kereta. Air mata terus jatuh dari mata suami.
"Apa aku buat ni?"
Suami pun mati.
1 comment:
checked
nice headet
Post a Comment